Harga Sebuah Iman

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand
telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid
di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas
untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut
membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas
tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang
sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut
memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku
memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah…
syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak
cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam
tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam
tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya
secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut
sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen" kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu
bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi
wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu
wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam
tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!,
Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman
dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda
dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat
dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia
akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia
Islam… Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh
teladan yang baik.

Leave a Reply