Archive for December, 2007

Ukiran Jiwa

Sunday, December 30th, 2007

Kedamaian yang ku cari
Masih belum terbukti
Jauh lagi perjalanan ini

Jiwa tak pernah tenteram
Kasih lama tenggelam
Di lubuk hati yang paling dalam

Berlumutlah ukiran impian
Entah berapa lama
Harus ku nanti
Sinar kasih sayang menyinari kembali

Dengan nada lagu dan irama
Ku luahkan jua rasa kecewa
Semoga kau dapat mendengarnya
Semoga terbuka pintu cinta… mu
Yang pasti hujan tak berterusan
Matahari kan tetap terus bersinar

Kini terbukti apa yang di
nanti
Dengan rela ku lepas kau pergi
Telah sedekat kenangan terpahat
Di ruang tak bertempat oo… ho…

Dengan nada lagu dan irama
Ku luah
kan
jua rasa kecewa
Pada cinta yang dahulu kita
Ukirkan bersama…

Di ruang
asmara

Di bumi yang nyata

Di dunia kita… 


DI SEBALIK KEINDAHAN PASANGAN KITA

Wednesday, December 26th, 2007

Ada kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.

Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.

Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.

Kerencaman
dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis: ‘Manusia
itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan
seekor yang sangat baik tunggangannya.’ (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim).

Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.

Ada
gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang
berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.

Ada
teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang
dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati
ibunya.

Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada
pada pasangan kita: ‘Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan
seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri
isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.’

Pesan
Rasulullah sejajar dengan firman Allah: ‘Kemudian apabila kamu tidak
menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai
sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.’
(An-Nisaa: 19)

Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri),
janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan
pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak
boleh dipakai sama sekali.

Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.

Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.

‘Serulah
(manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik
dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah
yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan
Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.’
(Surah An-Nahl: 125).

Dakwah paling asas adalah dengan
pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda
menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak
dan orang-orang terdekat.

Oleh itu, suami/isteri perlu
menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok
menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh
dibuat untuk memaksa seseorang berubah.

Selain ikhlas dalam
menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita
dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk
ikhlas menerimanya.

Sahabat

Wednesday, December 12th, 2007

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga
seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan
kecewa, dia juga ada kelemahan dan juga perlukan kawan sebagai
kekuatan. Kita selalu lihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia
tidak setabah yang kita sangka.

Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau subur dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian.

"To handle yourself, use your head… to handle others use your heart…"